img

PENYELIDIKAN KIT JOBA UPSI BANTU PEMBANGUNAN LITERASI MURID PADA MASA HADAPAN

Oleh: Dr. Kama Shaffeei dan Cik Siti Fatimah Mohamed

Tanjong Malim, 4 Oktober 2024 – Bertempat di Pusat Sumber Sekolah Rendah Seri Budiman, diadakan satu Sesi Perkongsian Pintar Literasi – Kit JOBA yang dikendalikan oleh guru dari SK Peramu Jaya, Pekan Pahang, Cikgu Mohd Sobri.

Program ini yang bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 12.30 tengah hari, telah melibatkan seramai 28 orang murid dari Sekolah Rendah Seri Budiman.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan Kit JOBA ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran literasi murid, terutamanya dalam aspek membaca, menulis, serta memahami maklumat dengan lebih baik.